Generasi Ketiga ( 1964 - 1970 )

 

Komputer generasi pertama dan kedua mengandungi banyak wayar yang menyambungkan setiap komponen. Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik.   Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip. Komputer yang menggunakan cip litar terkamir ini tidak memertukan banyak sambungan dan menggunakan kuasa yang lebih kecil. Jenis komputer ini lebih kuat, utuh, dan padat.

Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer.  Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain. Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini.   Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular  seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. 

Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian.  Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas.

Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1.  Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan.  Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada mikrokomputer. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan dihasilkan, seperti BASIC dan Pascal. Contoh komputer generasi ketiga ialah IBM 360, ICL 1900 (International Computer Limited) dan VAC 9000.

 

 

 


Ciri-ciri :

1.      Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.

2.      Atur cara lebih serasi.

3.      Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.

4.      Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.

5.      Lebih kuat, utuh dan padat.

6.      Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.

Contoh :

1.      IBM 360 ( 1964 )

2.      Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 )

3.      ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 9000