GENERASI KE EMPAT (1972-1984)

 

Cip litar terkamir

 Komputer generasi ke empat menggunakan cip yang lebih maju. Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan.  Ia lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya.  Proses pembuatan cip teknologi tinggi adalah melalui proses penyepaduan skala amat besar ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). 

Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat.  Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder  kurang penting. 

 

 

Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap dan besar.

 

Superkomputer mempunyai ciri kelajuan pemprosesan yang sangat pantas. Ia mempunyai lebih daripada satu pemproses yang memproses selari. Superkomputer ini digunakan dalam bidang pengiraan saintifik dan penjanaan grafik kompleks. Cray-1 ialah komputer yang paling maju di dunia pada masa itu dan ia membantu dalam rekabentuk senjata peperangan moden.

 

Pada tahun 1975, Steve Wozniak dan Steve Jobs membina Apple I, sejenis mikrokomputer peribadi. Pada tahun 1981 muncul IBM 16 Bit. Mikrokomputer yang popular kini adalah seperti siri APPLE, siri IBM, COMMODORE-64, ATARI dan lain-lain.

 

      
Ciri-ciri:

 
1.       Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar

(Large-Scale Intergration ataupun LSI).
2. Penggunaan mikropemprosesan pada satu serpihan.
3.       Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4.       Pengenalan kepada cakera pada ingatan baca sahaja

(Compact Disc Read Only Memory ( CD ROM )).
5.       Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.

Contoh:

a.       IBM 370 ( 1970 )
b.       PDP-11 ( 1970 )
c.       Bermulanya era mikrokomputer.

Mikrokomputer pertama ialah MITS ( Altair 8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta oleh Steve Wozniak dan Steve Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore PET. d. VisiCalc ( Visible Calculator ) - sebuah pukal hamparan elektronik oleh Dan Brickland. e. Super komputer yang popular ialah CRAY I.