GENERASI KEDUA ( 1959 - 1964 )

 

Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Transistor lebih kecil, ringan, murah, tahan lama dan mudah dikendalikan jika dibandingkan dengan tiub vakum. Saiz fizikal dan keperluan kuasa elektriknya juga kurang jika dibandingkan dengan komputer generasi pertama.

Komputer generasi kedua boleh dibina dengan kos yang lebih rendah. Komputer generasi ini menggunakan papan kekunci.  Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. 

Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras magnetik.  Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah.

Ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan tugasnya.
Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi seperti FORTRAN (1954)  dan COBOL (1959)  mula diperkenalkan. Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah. 

                Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer.  Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Ia lebih murah dan lebih kecil berbanding dengan Kerangka Utama. Ia digunakan bagi tujuan memproses data perniagaan, universiti selain di bidang ketenteraan. 

 

 

 

 


Ciri-ciri Komputer Generasi Ke 2:


1.       Menggunakan transistor menggantikan tiub hampagas. Tiub hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak.
2.       Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
3.       Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
4.       Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
5.       Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
6.       Bahasa pengaturcaraan peringkat tingi seperti FORTRAN dan COBOL.

Contoh:


a.       IBM 1400, IBM 1700  -  Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain.
b.       UNIVAC M460, IBM 7090, IBM 7094, NCR 315, NCR 304 dan     
BURROUGHS 5000