Make your own free website on Tripod.com

 

 

Generasi Kelima

 

Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan komputer impian masa depan.  Rekabentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks.   Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa.

Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks.  Unit pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia.  Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada kawalan manusia.  Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence”. Komputer itu juga seolah-olah dapat berfikir dengan sendiri cara-cara untuk menyelesaiakan sesuatu masalah tanpa memerlukan banyak bantuan manusia, boleh mengesan keadaan sekeliling melalui penglihatan dan bijak mengambil suatu keputusan bebas. Tambahan pula komputer itu dapat bertindak dengan mengeluarkan suara melalui sebuah mikrofon. sifat ini disebut sebagai kecerdasan buatan.


Ciri-ciri :

1.      Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia.

2.      Memiliki kecerdikan buatan (artificial inteligence) .

3.      Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.

4.      Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.

Contoh :

1.      Pentium III

2.      Pentium III Xeon

3.      Pentium IV