Make your own free website on Tripod.com

                                

                                    

 

                    Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan  kepada  dua zaman iaitu:
                                  a) Sebelum tahun 1940
                                  b) Selepas tahun 1940

                             Sebelum tahun 1940.

     
                  Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh.  Selepas itu mereka  mula mengenali  nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan  digit-digit asas dari 0 hingga 9.  Ini mewujudkan sistem nombor  perpuluhan.  Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor.   Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam  perniagaan barter.   Apabila perniagaan semakin  berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan  pengiraan yang bertambah rumit.  
       
               Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu.
       
                Pada tahun 1617, John Napier  mengemukakan sifir  logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad.  Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.
       
                Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada  tahun 1642.  Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear  pada roda.  Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam  bidang matematik dan ilmu kebarangkalian.  Mesin kira Pascal  telah dimajukan oleh William Leibnitz.
        
         
      

Enjin Pembezaan Babbage

Pada tahun 1816, seorang Inggeris bernama Charles Babbage memperkenalkan konsep komputer moden. Beliau membina mesin yang dinamai Enjin Pembezaan Babbage 'the difference engine' untuk membuat penghitungan mudah secara automatik bagi menyediakan jadual trigonometri dan logaritmMesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. 

 

Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.

             

 

    Konsep mesin ini  memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap  terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun  terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap  terlalu maju pada masa tersebut.   Babbage kemudian  menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical engine'.  Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan.  Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada  pembentukan komputer moden pada hari ini. 

 Semua komputer  pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.    

                  Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan otomatik  ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801.   Mesin ini  membaca data dengan  mengenalisa kod-kod lubang pada kertas.   Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.

                   Herman Hollerith  mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data.  Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika  Syarikat pada tahun 1887.   Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa  jualan dan sistem akuan kereta.  

                   Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada tahun 1937.   Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal.   Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian       wayer yang panjang.  Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagnetik.  Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas.   Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit.

Selepas tahun 1940

                   Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya.  Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.

                   Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi.  Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.

        Generasi Pertama (1940 - 1959)

        Generasi Kedua (1959 -1964)

        Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)

        Generasi Keempat (awal 80-an - ?)

        Generasi Kelima (masa depan)