PENGENALAN

    Pertama sekali kami ingin melahirkan kesyukuran ke hadrad Ilahi kerana izin dan limpah kurniaNya dapatlah kami menyiapkan website ini,kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada pensyarah kami, En. Shamsul Mohamad di atas segala tunjuk ajarnya dan akhir sekali tidak lupa kepada rakan-rakan yang turut bekerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan website ini. Objektif penghasilan website ini adalah:

a) Sebagai melengkapkan tugasan pertama bagi subjek BKE 5413, SENIBINA KOMPUTER.

b) Menambahkan pengetahuan pelajar tentang sejarah dan perkembangan teknologi komputer.

 

 

SEJARAH KOMPUTER

Tahukah anda bahawa komputer yang anda gunakan pada hari ini telah berkembang teknologinya sejak 6 dekad yang lepas, bahkan pada ianya dicipta, anda mungkin belum dilahirkan lagi. Sejarah perkembangan komputer telah lama bermula iaitu sejak tahun 1940 dan dapat dibahagikan kepada 5 generasi dari menggunakan elektronik sepenuhnya sehinggalah kepada penggunaan mikro komputer.

Mari kita lihat perkembangan generasi komputer yang telah dihuraikan oleh pengkaji-pengkaji bidang ini dimana setiap generasi mempunyai cirinya yang tersendiri.